Lost Password? No account yet? Register
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

WorldFutures.info

Friday
Nov 21st
Home arrow Feature arrow Redang dan menghitung kemusnahan arrow arrow arrow
Redang dan menghitung kemusnahan PDF Print E-mail
Written by Mawarry cardoba   
Friday, 29 June 2007

Aku pernah ke Pulau Perhentian, keunikan choral, ketenangan alam, keindahan pulau,  dan segala yang natural dan exotic bagai menggamit aku untuk kembali lagi. Sebaik aku memijak kaki ke dalam bot kecil yang akan membawa kami ke Pulau Perhentian aku sedikit kaget dengan penumpang-penumpangnya, kebanyakannya minah-minah dan mat-mat salleh yang ternyata bukan seperti yang sering ku lihat di Bandar pulau seperti Penang dan Langkawi, apa yang aku lihat adalah antara rupa-rupa mereka yang terlibat dalam pembikinan The Survivor , kebanyakannya muda belia kacak dan jelita . Dalam bot yang bersama aku itu sendiri tidak seorang pun mat saleh atau minah saleh tua buncit perut dan menggelebeh peha dengan muka berkedut …..aku merasakan bagai aku akan ke Carribean.  Tiga hari di perhentian, aku jatuh cinta dengan Terengganu dan bandarnya yang kukenali sebentar dalam perjalanan pulang yang bakal membawa kami singgah di Kelantan.  Mungkin di kesempatan lain kali akan aku ceritakan pula tentang Kelantan dan kenapa pada perhitungan aku Kelantan dan Terengganu begitu jauh berbeza. Kenangan di Perhentian menggamit aku untuk kembali lagi ke lautnya yang kaya keindahan alam yang tidak tertebus oleh kata-kata.
Lantas kali ini destinasiku adalah Pulau Redang kerana menurut apa yang aku baca dari salah satu dari ratusan iklan tentang Pulau Redang rata-rata membawa mesej sedemikian. “Pulau Redang juga seperti Pulau Perhentian yang merupakan Taman Marin yang di lindungi oleh kerajaan Malaysia. Ianya terletak 45 km dari Kuala Terengganu dan merupakan pulau yang terbesar dalam kumpulan pulau-pulau yang terdampar di Laut China Selatan dari pantai Terengganu. Redang yang mempunyai 9 gugusan pulau-pulau kecil yang mempunyai hidupan ikan, penyu, batu karang yang sesuai untuk aktiviti snorkeling, berenang, scuba diving, expedisi hutan, bot dan kayak. Pulau Redang menawarkan anda air laut yang membiru, kawasan pantai yang bersih, dan taman yang cantik. Anda juga berpeluang untuk melihat di depan mata anda sendiri kehidupan laut bila berada di Pulau Redang. Anda juga dapat melihat batu-batu karang yang cantik dari segi rupa warna dan sebagainya. Di samping itu juga, anda dapat melihat berbagai-bagai jenis ikan yang jarang dijumpai dan cantik. Memancing adalah dilarang di kawasan 3.2 km dari pantai Pulau Redang.”

Aku samasekali tidak menafikan kebenaran patah-patah ayat tersebut, memang benar setiap apa yang ditulis tentang Redang pada dasarnya namun bagiku Redang kini adalah permulaan sebuah kemusnahan. Ini berani aku katakana tatkala aku dibawa oleh sebuah bot besar yang memuati lebih 30 penumpang ke Taman Laut dari sebuah chalet yang aku duduki antara chalet-chalet yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di sepanjang Long Beach. Rata-rata pakej yang diberikan oleh pihak pengurusan chalet berharga antara lingkungan RM270 hingga ke RM800 malah lebih bergantung kepada bilangan bintang chalet yang anda duduki. Pakej 3 hari 2 malam tersebut datang bersama-sama makanan dan juga 3 kali trip snorkeling. Tapi di Redang aku tidak merasakan berada di Carribean. Penumpang-penumpang yang menaiki feri besar dari Pengkalan Merang hampir 90 peratus bangsaku, maksudku Malaysia, namun mungkin juga terkaan ku tidak tepat kerana sekumpulan pelancung berbangsa Cina yang di dalam feri tersebut bersamaku tidak memahami samada Bahasa Melayu mahupun Inggeris. Sepanjang perjalanan ke Telok Kalong aku dapat melihat tompokan-tompokan chalet di sepanjang pantai sambil aku menikmati hijau laut dan damai pulau. Memang itu yang aku cari di sini, kedamaian, bersatu dengan alam, berkhalwat dengan nature.

Melihat tompokan-tompokan chalet yang bersepah sepanjang pantai aku teringatkan satu kajian tentang Pulau Redang yang pernah di buat oleh  Roshanim Koris dari Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi(KUSTEM). Menurutnya, “Terengganu is well known for its beautiful islands, one of which is Redang Island, attracting even international travellers. Ironically, Terengganu is also the third poorest state in Malaysia.     Redang Island is home to almost 1500 people, most of whom are involved in the tourism sector. However, they are still isolated from the expansion of the tourism sector on the island.”  Menurutnya komuniti Redang  sebenarnya mendapat pendapatan antara RM251 ke RM500  setiap bulan dan 28 peratus dari komuniti Redang sebenarnya berada di bawah garis kemiskinan.. Penyumbang utama keadaan tersebut adalah  gaji yang rendah, bilangan ahli keluarga yang ramai dan tidak berkerja pula. Terlintas pula di fikiran aku bagaimana perkara tersebut boleh berlaku sedangkan chalet tumbuh bagai cendawan lepas hujan dan tentu sekali menjanjikan peluang pekerjaan yang baik. Malah chalet yang aku duduki juga dimiliki oleh perusahaan keluarga yang semuanya terdiri dari mereka yang berasal-usul dari Pulau Redang ataupun Pulau Pulau sekelilingnya yang menurut sejarahnya  dijumpai oleh pendatang yang berketurunan Bugis dari Indonesia di sekitar abad ke-18 iaitu Batin Talib. Penempatan awal Batin Talib bersama beberapa pengikutnya adalah di Teluk Kalong iaitu di bahagian timur Pulau Redang. Redang sendiri adalah segugusan sembilan buah pulau iaitu Pulau Redang,, Pulau Pinang, Pulau Ekor Tebu, Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, dan Pulau Linga dengan majoriti komunitinya dalah bangsa melayu. Seandainya tanah yang memuati chalet-chalet tersebut milik  mereka kenapa pula mereka berada di bawah garis kemiskinan atau apakah  ini adalah seperti gejala ekonomi Melayu yang melanda umat Melayu di Malaysia.

Kali pertama aku di bawa bersama-sama 40 lagi penumpang lain ke Taman Laut aku membayangkan ketenangan choral laut dalam yang aku nikmati di Perhentian namun aku jadi kaget bila jeti tempat bot kami berlabuh dipenuhi dengan ratusan malah aku tidak berani tidak mengatakan bahawa jumlahnya hampir mencecah 4 angka. Choral-choralnya bukan berwarna-warni namun kebanyakkannya coklat pudar, dan ribuan ikan yang berebut-rebut mencebis roti yang di bawa oleh pengunjung bagaikan mabuk makanan, malah bila aku dengan keadaan keciwa  sesekali ditendang atau tertendang tubuh pengunjung lain di dalam air berjalan ke pantai di tepian air aku lihat cebisan-cebisan roti berapungan lantas aku mengatakan pada diriku memang benar , ikan ikan di taman laut redang sebenarnya mabuk makanan.-aku naik ke darat melihat-lihat  anak penyu serta tulang ikan di kawasan pameran serta mandi air tawar dari kolah besar yang disediakan sambil menanti bot yang bakal mengambil kami naiki lewat satu jam lagi. Bersantai di pesisir pantai yang indah aku melihat sekeluarga Malaysia sedang mengutip choral lalu dimasukkan kedalam beg plastik. Aku mengharapkan agar ada pegawai yang menahan mereka dari membawa choral tersebut keluar taman laut namun harapanku sia-sia bila di dalam bot yang sama aku melihat si ibu masih memegang seplastik choral di tangan. dan sewatu menuruni feri di Merang sekembali dari Redang aku tahu choral-choral tersebut beradi di dalam beg yang dijinjit oleh anak lelakinya. Kenapa tidak ada kawalan ke atas kemasukan pengunjung ke Taman Laut, adakah jumlah wang yang sampai di dalam peti perbendaharaan Terengganu menyebabkan mereka menutup mata atas kemusnahan yang sedang berlaku.

Aku tidak turut serta dalam dua lagi trip snorkeling yang terdapat di dalam pakej sebaliknya aku mengambil kesempatan itu untuk bersantai di pantai dan berbual-bual dengan pemilik dan pelatih scuba di situ berserta beberapa orang pekerjanya yang merupakan boatman-boatman dan beach boys yang rata-rata melayu belaka. Banyak yang ku ketahui antaranya, terdapat dua musim di Redang: operational season dan non-operational season(tengkujuh). Mereka tidak mungkin sunyi, waktu malam terdapat lebih dari 5 disko di Long Beach- 2 darinya disko tertutup yang masuknya adalah percuma. Dari salah seorang scuba diver yang telah kujadikan sahabat aku mendapat tahu tentang nudist beach dan pesta seks di kalangan anak tempatan ( aku harap apa yang aku dengar itu tidak benar)

Malam itu kami merentas bukit dari chalet yang kami duduki ke sebuah hotel bertaraf lima bintang , andai ikan-ikan serta choral-choral di dasar laut boleh bersuara tentu disuarakan rasa bingit dengan apa yang wujud. Suasananya ramai, kalau tidakpun hingar bingar. 3 buah disko tepi laut dalam ‘full swing’ Inilah yang dikatakan oleh boatman tadi bahawa mereka tidak sunyi meskipun terpisah dengan tanah besar. Malah dia yang pernah bekerja di Johor kembali ke Redang kerana di sini lebih ‘hype’ dan bila malam semakin hangat aku melihat dia dan sekumpulan temannya yang semua terdiri dari beachboys dan boatmen terkinja-kinja menari sambil menogok arak seenaknya.. Tadi siang aku melihat choral-choral yang musnah dan malam itu aku melihat pula anak-anak pulau yang punah.

Aku ingin sekali memetik fakta ini dari kajian yang telah dijalankan oleh Roshanim untuk mengakhiri tulisanku kali ini. “ Majoriti isirumah di Pulau Redang mempunyai saiz keluarga antara 6 hingga 10 orang. Ada juga isirumah yang mempunyai saiz keluarga lebih daripada 11 orang .Kebanyakan anak-anak yang telah berkahwin menetap bersama ibu bapa mereka. Sehinggakan ada beberapa isirumah yang mempunyai 2 atau 3 kelamin yang tinggal bersama dan juga berkongsi perbelanjaan”

Seantero dunia pengunjung datang ke Redang menikmati kemewahan di hotel-hotel lima bintang dan penduduknya sendiri bagai merempat di tanah sendiri. Feri yang membawa aku pulang ke Tanah Besar tiga hari kemudian menjadikan aku seorang pemikir. ....kalau di perhentian yang penuh dengan manusia matsalleh aku melihat ketenangan kenapa tidak di sini.. di mana ramai bangsa malaysia mencari keindahan alam....? persoalan yang aku sendiri tidak boleh jawab...atau aku perlu melihat jauh ke dalam diriku sendiri untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku.

Comments (9)Add Comment
GOOD JOB!!
written by mohd hafizi, June 29, 2007
Tu la yg kiter tgk ngan melayu kiter skang..bukan setakat di Redang..tapi maner2 pon macam tu la..biler la melayu kiter nak berjaya kalo asyik macam nie..Good JOb Mawarry!!
...
written by sleepyfish, June 29, 2007
yes.. i do agree that about isi rumah mereka meraka yg tinggal disana dibelenggu tahap kemiskinan.. this because they are just like typical people yg tidak mahu mendevelopkan diri mereka.. bg mereka.. cukup laa dgn apa yg ada.. itu sudah memadai.. at the same time.. oleh kerana mereka ini tidak berpendidikan tinggi.. org lain mengambil kesempatan ke atas mereka..
caya laa siss
written by shahril nezam asy syhazulli, June 29, 2007
smilies/smiley.gifmenarik enta seorang pemerhati yg terbaik.semoga allah memberkati mu!!!!allahuu
...
written by azlan, June 29, 2007
bagus,,,tapi kalau kita perati bebetul,tetiap tajuk yang nak di sampai kan nampak macam tak sampai apa dengan apa yang di maksud kan,,,mungkin kerana tajuk petama contoh nya kita baca lepastu belum lagi kita rasa abis mungkin sebab tak ada kata penutup lepastu masuk tajuk kedua,beterusan hingga ke akhir cerita,walau pon tidak di nafikan bahawa isi cerita best tapi di sebabkan tidak ada kata penutup bagi tetiap tajuk maka kita me rasa bahawa apa yang di tulis tu macam tak lengkap,,lengkap sebenarnyasmilies/smiley.gif
apa lagi yg mampu kita buat???
written by ra2, July 02, 2007
alam semulajadi byk yg dh tercemar...manusia pula makin mencemarkan

keadaan..yg masih punya akal dan fikiran hanya mampu melihat dan

memandang...hanya itu khudrat kita...nak harap gomen...gomen pun

kira diri depa saja...slagi x jadi apa2 yg serius depa buat2 x

nampak..dh jadi apa2 baru depa kalut...crita beach boy ni memang dh

lama...lagak depa lbh dari pelancung lak...kat mana2 pantai di

malaysia ni ada saja beach boy yg ala2 mat salleh tp bontot itam mkn

belacan !!! good work mawar....
...
written by Kazi Mahmood, July 02, 2007
thanks for the comments. pls more comments and surely more ideas for articles...thanks mawar
...
written by Nenek_Bonzer, July 02, 2007
Nampak gayanya bukan Pulau Redang saja mengalami masalah keruntuhan moral dkalangan anak melayu, malah di Langkawi pun mengalami masalah yang sama.. yang tak pelik nyer.. biasalah alasan yang akan diberi inilah arus pembangunan..
Gppd Job
written by Stalker Of Chernobyl, July 08, 2007
Good job......
KIASU PAU LOVES REDANG
written by kiasu pau, February 21, 2008
redang sangat bagus

Write comment
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley

security code
Write the displayed characters


busy
Last Updated ( Monday, 06 August 2007 )
 
< Prev   Next >
More Headlines
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/10
Festival of brides in Jeddah

JEDDAH: The Women Welfare Society will organize a three-day folklore bride festival under the sponsorship of Princess Alanoud bint Abdullah bin Muhammad at Jeddah Hilton from Saturday.

Read more...
 
Latest
Health Ministry stocks up on supplies for Haj

RIYADH: The Ministry of Health has distributed SR100 million worth of medicines and medical equipment to seven hospitals and 153 primary health care centers in Makkah, Madinah and the holy sites for use during the Haj season.

Newsflash
After oil, a gold mania

A gold mania could happen.

Here's why... Gold manias begin when investors flee real estate, currencies, bonds, and stocks because their prospects are so bleak. We're close to that right now.

 
Additional Items
Image Send us Ramadhan Pictures and win

In an effort to encourage children to fast and give them a hint of the benefits they can obtain here on earth and what they will get in the hereafter too, we want you, readers to send us what you think is your best pictures for this Ramadhan month.

A sample photo is published here. Readers can see the solace and beauty in this photo from the Philippines!

911
A WF EXCLUSIVE: It is the Occupation, stupid
The writer is a former Secretary Interior. This is an exclusive article for WorldFutures. Pakistan: Nov 2008 =
 
US President-elect in his victory speech bracketed financial crisis with the two wars to define crucial challenges calling for immediate action on his part. This reflects his sagacity which manifests his worldview etc. It is an open secret that while Iraq is comparatively quiet, thanks to Gen Petraeus’ initiatives, Afghanistan has become a quagmire for US. The current Administration, which exploited the fear-complex provoked by 9/11, remains bogged down. While maintaining hostile posturing and invoking EU’ bigger deployment of troops, the increasing casualties appear to have brought in the Saudi King to ingratiate the Taliban.
 
MiddleEast Conflict
US Antiballistic missile in Israel a world threat
The real threat is what motivated the US to install such systems in Israel. Does it intend to use Israel as stepping stone to launch 'conquests' in the Middle East and prevent the future natural 'democratic' processes from operating, such as in Palestine where the Hamas won an elections but was 'ousted' in a US sponsored and Israeli supported Coup?
Islam
The Haj. a unique pilgrimage
The Haj season is here. It is a unique pilgrimage with various fascets and all of them are as amazing and as mystical as it can get. Muslims performs the Haj at least once in their lifetime. It is one of the five pillars of Islam and some 2 to 3 million Muslims will be at Makka for the Haj.
 
Features
Sajahan Abd Waheed: Reject all forms of radicalism

By : Sajahan Abdul Waheed

For NST.com.my

PETALING JAYA: As societies become more multiracial, there is a danger of people falling into a new and destructive form of modern day tribalism.

 

Civilization
Hotels with Masjids, a surprise to MP Zulkifli Nordin Malaysian MP Zulkifli Nordin expressed great surprise at the Surau Nurul Hikmah which is situated in the De Palma Hotel Ampang. As a matter of fact, this is a trend that started in some other countries for some time now.
 
Islamic World
Image Analysis: The War in Afghanistan and Pakistan
History also bears out that the Afghans can’t tolerate ‘occupation’. No wonder since 2006 the Taliban have been on the rampage. Even Kabul remains tentatively safe. During my last visit home to Peshawar, I was met by a few Afghans who told me of the reign of terror prevailing in Jalalabad, Paktia and Kabul etc as the state machinery/ foreign forces   could not cope with prevailing mayhem. The spill-over effect of Afghan ‘insurgency’ is   widely felt in Pakistan; more so in NWFP/ Baluchistan. History and geography combine to create challenges which the elected Govt and its armed forces have to face daily.
Late News Items
UK: Government endorses sharia

By Steve Doughty
Last updated at 12:09 AM on 25th October 2008

Islamic courts have been cleared to deal with family and divorce disputes. 

 
Editor Notes
Malaysia: Winds of change versus Umno resilience
In addition to the article by Mansor Puteh, we have this editorial that explains on the difficulties the PR will face in the near future or when it wins the elections in Malaysia in the future. Too many issues are at stake here for us not to analyse what Mansor Puteh has said in his article Can History Repeat in Malaysia.
Analysis
Analysis: DSAI power game plan that fell apart
The main plan of the opposition was to get the MP's from Sabah to jump ship and form a new national government with the PR, thus toppling the BN and elect Anwar Ibrahim as Prime Minister.
 

 
West\'s wars against Muslims
Image Another horrible story of American inhumanity
The Asian Human Rights Commission (AHRC) has received information that Dr. Afia Siddiqui, was arrested along with her three children by a Pakistani intelligence agency in early 2003 and has been missing since then. American and Pakistani intelligence agencies confirmed that she had been arrested in connection with Al-Qaeda, the terrorist organisation run by Osama Bin Laden. However, later both agencies denied that she had been arrested. Dr. Afia's whereabouts remain unknown but it is suspected that she is being held in an American detention centre.
 
 
west wars
South Ossetia: A monumental miscalculation

We publish this opinion article from the Monday Morning newspaper published in Beirut, Lebanon. Article is written by Gwynne Dyer.

 
My Thoughts
Bali bombers fought maksyat or social degeneration

Very few people in Jakarta commented on the 'rising' sentiments towards the bombers but deep inside many think the bombers – especially Imam Samudra – went to the extent of bombing Bali due to their rigid beliefs regarding 'Maksyat' or illicit life styles.

 
Asia Confidential
Will Obama support Anwar Ibrahim all out?
The Malaysian government is one of the first foreign regimes to have quickly congratulated Barack Husein Obama on his massive victory in the Presidential polls but their message to the newly elected President of the United States is not what the Malaysians think it is.
 
 

Chomsky on 911

Editorial

papakazi

poetry

Without Prejudice

dzul  

Frontline Pakistan

pakistan times

Advertisement

wcit

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Newsflash


Need for an Arab-Muslim solution, not an American one Malaysia as the OIC chair and Saudi Arabia with Iran as the leading parties in the Middle East on Iraq should join forces to create a force that can bring the US to accept leaving Iraq.Click Here

 

Makkah

makah

Attacks on Islam

Islamophobia

Israel's Nuke Program

a graphic of Israel's secret nuke plans

Tonkin Incident

Banned

Holocaust

Research Centre

mawar

 

lady

 

KL Outpost

kl outpost

Sponsors

Cain's Apple

Mindanao

Mindanao stories

Featured Article

From Hamas to Kenya, roughing up democracy
From Hamas to Kenya, roughing up democracy

The American constitution, the basis of democracy in the USA is indeed a good example of how a democratic system can be hijacked by a group of people with an evil agenda. Democracy is violated in Kenya too where Kenya's opposition movement, which is challenging the election in December that Kenya's president, Mwai Kibaki, narrowly won. In Palestine, the legitimate government is now being suffocated...What democracy is it?

Read More >>

Translate


More Analysis by WFOL

Image

Analysis: The War in Afghanistan and Pakistan

History also bears out that the Afghans can’t tolerate…     Readmore

Ossetia-Russia-Georgia by Noam Chomsky

Here we reproduce a great dissertation by celebrated thinker…     Readmore